Bjorn Hansen Sementara Pimpin Di Piala Monsun Cup Di Kuala Terengganu


Pimpinan Mekonomen Sailing, Bjorn Hansen sementara memimpin di hari pertama Kejuaraan Kapal Layar Piala Monsun yang berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu , tadi malam.

Dengan catatan tiga kemenangan ke atas Pindar Gac yang dikemudikan Ian Williams danAdrian Lee & Partners yang dikemudikan oleh Jesper Radich serta Fulle Metal Jacket Racing yang dikemudikan William Tiller.

Pengemudi Berntssson Sailing, Johnie Berntsson pula menduduki tempat kedua dengan mengutip dua mata dan turut berkongsi ditempat yang sama adalah pasukan Full Metal Jacket Racing yang dikemudi oleh William Tiller serta pasukan Yanmar Racing yang dikemudi oleh Peter Gilmour.

Selain itu, pasukan Bruni Racing yang dikemudi oleh Francesco Bruni, The Wave Muscat yang dikemudi oleh Torvar Mirsky, Adrian Lee & Partners yang dikemudi oleh Jesper Radich dan Waka Racing yang dikemudi oleh Phil Robertson masing-masing memungut satu mata.

Bagaimanapun empat pasukan yang lain iaitu Pindar GAC yang dikemudi oleh Ian Williams, French Match Racing yang dikemudi oleh Damien Lehl serta pasukan dari Malaysia iaitu Abdullah Chan/ KRT yang dikemudi oleh Jeremy Koo gagal memungut sebarang mata.

Meskipun menganggap perlawanan hari pertama sebagai permulaan yang baik untuk pasukannya, namun Bjorn Hansen enggan cepat berpuas hati kerana saingan masih terlalu awal.

Memulakan perlawanan hari ini dengan baik sekali, tetapi masih terlalu awal untuk berasa selesa dan semua pasukan memberikan saingan sengit dalam pertandingan ini.

Hatta Sanie/Berita21 Malaysia
Iklan