Mengenal Sosok Musisi Berbakat Nisa Addina Taufik


Nisa Addina Taufik lahir pada tahun 1996, mendapat didikan violin sejak umur 7 tahun di bawah En. Marcus Leong.

Nisa menyertai Simfoni Orkestra Negeri Sarawak di bawah principal conductor En. Marcus Leong pada umur 8 tahun & merupakan ahli termuda.

Pada tahun 2010, Nisa Addina dipilih menyertai Permata Seni Musik di bawah maestro En. Mustafa Fuzer Nawi. Nisa Addina juga mendapat bimbingan masterclass khas dengan Maestro Violinist Idris Sardi dari Indonesia.

Pencapaian terbaik Nisa Addina ialah merupakan peserta termuda mewakili Team Malaysia ke Hollywood dalam pertandingan World Championship of Performing Arts(WCOPA) di Los Angeles, California yang disertai oleh lebih daripada 40 buah negara.

Beliau adalah peserta Malaysia yang pertama memenangi World Grand Champion Junior Instrumentalist.

Dalam pertandingan yang sama, Nisa memenangi 3 medal emas dalam kategori genre Klasikal, Original & Comtemporary, dan 1 medal perak dalam kategori Open. Beliau juga memenangi 2 plak emas dalam kategori klasikal & kontemporari.

Nisa juga adalah juara pertandingan Kyan!Me, pada tahun 2011, sebuah konvesyen Anime yang diadakan setiap tahun di seluruh dunia.

Nisa banyak membuat persembahan bersama-sama SONS orkestra termasuk Majlis Konvesyen Raja-Raja di Kuching. Sebagai soloist, Nisa telah menerima banyak undangan dari pihak kerajaan & swasta seperti Youth Ikon, Konvesyen Barisan National, Hari Jadi TYT Sarawak, Majlis Kreatif & Inovasi, Red Carpet Charity Dinner dll.

Bersama Permata Seni Musik Nisa telah membuat persembahan pada konsert Permata Seni di Istana budaya, PWTC, Seri Perdana, Konsert di TAZA, Kuching & di Waterfront Kuching.

Nisa juga telah membuat persembahan duet bersama-sama Hafiz AF7.

Selain violin, Nisa bermain piano, bass guitar & mengubah musik. Gubahannya Calm Cool Lady mendapat pingat perak dalam pertandingan di WCOPA.

Nisa Addina telah ditemuduga oleh Malaysian Book of Records, Majalah Top Ten Malaysian, The Star, majalah Kosmo, radio Sarawak Red FM, dan RTM- TVi