Paket Wisata Kesehatan Medan – Ipoh, Perak


IPOH, Perak : PT pengurusan penerbangan Unimaju Fly Travel &Tours Sdn Bhd (Unimaju Fly) akan menawarkan pakej wisata kesihatan eksklusif kepada rakyat Indonesia yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di negeri ini. Pengarah Urusan Unimaju Fly, Habidi Zain berkata , ianya akan mengadakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Indonesia ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTAS) di Ipoh, Perak..

Pusat-pusat perubatan di negeri ini menjadi pilihan kepada rakyat Indonesia terutama dari Medan bagi mendapatkan rawatan kesihatan mereka.

Pusat-pusat perubatan dinegeri ini akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi dengan kadar bayaran yang jauh lebih murah berbanding negara lain , selepas majlis perasmian penerbangan sulung melibatkan penerbangan tiga hala iaitu Subang-Ipoh-Medan yang disempurnakan oleh Mayor Kotaraya Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Menurutnya, pakej yang akan dilancarkan selewat-lewatnya Mac 2012 itu masih dalam peringkat perbincangan melibatkan sewaan pesawat khas dengan kadar berpatutan kepada pesakit dan keluarga. Habidi berkata, pihaknya sedang berbincang bersama wakil-wakil pusat perubatan di bandar raya ini untuk mendapatkan terma dan peraturan untuk membawa pesakit dari republik Indonesia. Puratanya rakyat Indonesia akan membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan rawatan di sini pada setiap tahun.

Dengan adanya penerbangan khas pada kadar berpatutan, secara tidak langsungnya akan meningkatkan kadar pelancongan selain membantu sektor perubatan di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Habidi berkata, penerbangan sulung menggunakan pesawat ATR72 itu menawarkan jadual penerbangan tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Ahad. Permintaan terhadap penerbangan terus Ipoh-Medan sangat menggalakkan dan Unimaju Fly berharap peluang ini direbut semua pihak sama ada untuk berkunjung Medan atau rakyat republik itu melancong ke Perak

“Caj yang dikenakan juga berpatutan malah, Unimaju Fly yakin semua golongan mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini kerana kadar yang dikenakan adalah termasuk surcaj bahan api,” katanya.

Iklan