Pian Bantu Promosi Busana Malana Indonesia DI KL


MALAYSIA – BERITA21: BIARPUN kurang mendapat tawaran berlakon, namun rezeki Pian Cecupak tidak pernah kurang. Pemilik nama sebenar, Mohd Rafiq Abdul Rahman ini tetap sibuk memenuhi undangan sebagai hos di beberapa majlis. Pian menjadi pilihan ramai usahawan muda bagi mengendalikan pelbagai program promosi produk terbaru keluaran mereka.

Terbaru, Pian mengendalikan majlis pelancaran dan menanda-tangani perjanjian usahasama di antara Riyadul Jannah dari Malaysia dengan Malana dari Indonesia yang memasarkan produks busana Muslim yang diadakan di Ukay Boulvard, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Ramai artis popular dan VIP hadir di majlis itu, antaranya Datuk AC Mizal dan Datin Amylia, Datuk Eizlan Yusof serta isteri, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar serta beberapa usahawan muda termasuk tiga rakan kongsi dari Indonesia, pemiliki busana Muslim berjenama Malana dari Indonesia.

“Pian tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi dan membantu usahawan produk fesyen tempatan. Sekalipun jarang berlakon namun karier sebagai hos juga memerlukan komitmen yang tinggi. Tak kisahlah, asalkan Pian masih berada dalam lingkungan dunia selebriti,” kata pelakon komedi bersiri Alamak ini.

Sementara itu, Pian menganggap isu bakal berkahwin dengan model jelita, Aida Hazira Ahmad Razman, 23, yang disiarkan sebuah akhbar harian beberapa minggu lalu, sudah selesai. Beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan dan bukan serius seperti disangkakan pihak tertentu.

“Isu ini sudah selesai dan saya anggap ia tidak tidak berulang-lagi. Lagipun saya sudah minta maaf,’ kata Pian lagi.

Oleh ZAINI ZAA /Foto SUHAIZUL AZHAR ISMAIL /WARTA PERDANA /BERITA21