Mengenal Artis Serba Bisa: Intan Nor Saina


MALAYSIA – BERITA21.COM: Selebriti serba boleh, Intan Nor Saina Fazilawati Md Sani atau popular dengan panggilan INS di kalangan kawan-kawan maupun sebagai blogger, di anggap tepat, gelaran ini diberikan kepadanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang sudah berumah tangga dengan Mohd Khairy Husnan, memulakan karier awal sebagai hos TV di RTM mengendalikan program Katakan.

Dan pada yang sama, INS yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada 29 Mac ini, seorang penyair dan penulis lirik lagi. Pada 1997, INS mewakili pendeklamasi puisi dari Selangor ke peringkat kebangsaan dalam Sayembara Puisi Kebangsaan 1997.

Namun ramai yang tidak mengetahui, INS pernah bersama indie band, Diary sebagai vokalis. Namun aktiviti kumpulan ini, tidak menonjol seperti kumpulan indie lain.

Tidak hairanlah berdasarkan pengalaman ini, INS mampu menyanyi dengan baik, antaranya menyanyikan lagu Adinda, berduet dengan Lah Ahmad dan lagu tema drama TV Hooperz iaitu Bulan berkolabarasi dengan Kayant.

“Saya mahu mencuba semua bidang seni. Impian ini subur sejak di universiti lagi. Alhamudillah, hampir semua bidang, sudah saya rasai,” kata penyampai berita Astro Arena ini.

Pemegang Sarjana Muda jurusan Komunikasi Massa (Pengiklanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), INS setakad ini pernah menjadi rancangan Zon aktif terbitan Astro Ria, selain program The Chase (TV3), Latido (TV9), Klik, Katakan, Tren-d, Terbang Helang Sukma (RTM), Zon Aktif (Astro Ria), Rock Unite Backstage (ntv7), The Chase (TV3), Galaksi, dan 3 Hari 2 Malam.

Pelakon drama Alahai Langsir Raya, Jalan Chow Kit, Alahai Langsir Raya dan sebagainya, berharap akan terus menumpukan karier sebagai hos TV, kerana ia memberi peluang menjadi orang pertama menyampaikan beruta dan info terkini kepada penonton.

“INS memang aktif menyanyi sejak zaman sekolah lagi. Minat untuk menyanyi bagaimanapun semakin lutur apatah lagi ramai muka baru yang lebih berbakat dari INS.

“Bagi INS menyanyi dan main gitar dapat hiburkan diri sendiri dan menjadi terapi jiwa. Bagaimanapun, INS tetap cipta lagu sendiri dan hasilnya sempat dirakam seperti lagu Bulan yang menjadi lagu tema drama TV Hooperz.

“Lagipun tak salah kalau kita cuba. Kalau ada yang suka baguslah tapi kalau tak suka pun tak apa. Sebab setiap lirik dan melodi yang dihasilkan oleh setiap insan adalah perasaan yang tulus,” kata bekas pengulas sukan untuk segmen Terbang Helang ketkka Sukan SUKMA pada 2006 di RTM.

Pernah menjadi wakil Malaysia dalam program TV terbitan RTM-RTB (Brunei). INS dalam diam-diam menghasilkan lagu lama berjudul Cinta Dalam Rahsia dalam versi lebih segar.

“Saya ingin mencungkil bakat terpendam yang selama ini saya menyedarinya ada tetapi belum berani menonjolkannya. Itulah azam saya sepanjang tahun ini,” katanya lagi.

Oleh ZAIN ZAA /WARTA PERDANA/HATTA SANIE/BERITA21.COM
Iklan