Mika Tambayong Beraksi Di Pentas Teater Gerimis Mengundang


KUALA LUMPUR, MALAYSIA – BERITA 21: Pelakon remaja popular dari Indonesia, Mikha Tambayong, 18, bertuah kerana bakal beraksi dalam pementasan teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang.

Pemilihan Mika yang sedang popular di kaca televisyen dengan memegang watak Nada dan Cinta dalam sinetron muzikal Nada Cinta, bersandarkan kemampuan dan kebolehannya menyanyi dan menari dengan baik.

Menurut pengarah teater Gerimis Mengundang, sutradara Ahmad Idham Ahmad Nazri, pemilihan pelakon sinetron popular Indonsia ini sebagai strategi pemasaran bagi menarik penonton menonton teater muzikal ini.

“Kebolehan Mikha menyanyi dan menari dengan baik adalah sebab utama saya memilih dia membintangi teater ini. Malah saya melahirkan rasa gembira kerana dapat memberi peluang kepada Mika terlibat dalam pementasan teater di Malaysia,” kata Idham.

Bagi Mikha pula, ia menyifatkan, inilah peluang terbaik kepadanya agar peminat, dapat mengenali dan bertemu dengannya secara dekat, apabila berada di Kuala Lumpur untuk pementasan, penghujung Mac nanti.

Persetujuan pementasan ini diadakan secara ringkas yang turut dihadiri oleh Ahmad Idham, Datuk Md Afendi Hamdan dari ERama Creative serta antara Excellent Pictures dan Global Networks.

Selain itu, pelakon popular Kamal Adli, selaku bintang utama teater ini yang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 27 Mac sehingga 8 April depan.

Mengikut jadual Mikha Tambayong akan berada di Kuala Lumpur bermula awal Mac untuk sesi latihan teater yang akan dilakukan di sini.

Teater Gerimis Mengundang diinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Justeru, pementasan teater Gerimis Mengundang ini bertujuan dalam mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni.

“Syukur ke hadrat Allah, akhirnya Gerimis Mengundang dapat di pentas Istana Budaya. Insya-Allah, doakan saya agar dapat merealisasikan teater ini,” kata Idham lagi.

Gerimis Mengundang merupakan satu jenama yang kuat. Lagu ini cukup popular di Indonesia sehingga dinyanyikan dalam 14 dialek yang berbeza.

Tiket-tiket persembahan berharga dari RM35 hingga RM305 boleh didapati dari laman sesawang www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Box Office Istana Budaya.

Oleh Zaini Zaa /Warta Perdana /Hatta Sanie/Berita21