Aziz Sattar Meriahkan Dunia Raja Sehari 5


JOHOR BAHRU, MALAYSIA – BERITA 21: Kebahagian rumah tangga bintang veteran layar perak, Datuk Dr Aziz Sattar, yang dibina tujuh tahun lalu, bersama isterinya, Datin Hashimah Delan, bakal dikongsi bersama pengunjung di Pameran Dunia Raja Sehari 5.

Justeru, bakal pengantin dan pengunjung ke Pameran Dunia Raja Sehari 5, diharapkan tidak melepaskan peluang ini dalam berkongsi pengalaman dan tip mempunyai keluarga bahagia.

Ikon filem Melayu ini, antara tetamu istimewa yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung. Seniman veteran itu akan berkongsi kebahagiaan dalam sesi motivasi bersama bakal mempelai dan keluarga.

Sebelum ini, penganjuran Pameran Dunia Raja Sehari yang diadakan sejak empat tahun lalu, diteruskan oleh penganjurannya, World Event & Marketing Services.

Pameran siri kelima itu akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor, bermula 30 Mac hingga 8 April ini.

Kali ini, pameran ini akan berkonsepkan kemewahan dalam perkahwinan dengan kerjasama penaja utamanya, Mutiara Jati selain komitmen dari Lace Group & Company serta mendapat sokongan Pemuda BN Johor Baharu, Johor.

Pameran ini akan dirasmikan oleh Datuk Paduka Hajah Rokiah Haji Omar, Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Lace Group & Company.

Matlamat pameran ini untuk menyatu-padukan rakyat di Johor terutamanya kepada pengusaha butik andaman bagi memperluaskan perniagaan masing-masing.

Selain itu pengunjung dan bakal mempelai yang akan melangsungkan perkhawinan juga dapat bermesra dan berhibur bersama di dalam acara sepanjang program ini dijalankan, seperti pertandingan solek dan dandanan, pertandingan mengubah bunga segar, demonstrasi inai, ukiran buah-buahan, booth kek yang mempromosikan barangan, pertunjukan fesyen mewah, cabutan bertuah dan juga pertandingan tiru suara artis.

“Kami juga mengalu-alukan pengunjung dari negara jiran seperti Singapura supaya mendapat berpeluang bersama pada pameran ini.

“Matlamat kami untuk ketengahkan produk dan jenama hasil buatan anak Malaysia, di mana pengusaha butik andaman, pereka kad jemputan perkhawinan, pengusaha kek perkahwinan, jurufoto yang kreatif dan sebagainya.

“Ini akan dapat menampilkan kelainan sempena Pameran Pengantin Dunia Raja Sehari 5, berkonsepkan mewah ini,” kata jurucakap penganjuran, World Event & Marketing Services.

Maklumat lanjut hubungi, Diana (017-7898100) atau Zek Ayry Khan menerusi 017-3100061.

Oleh Zaini Zaa /Warta Perdana /Hatta Sanie/Berita21