Dimas Hujan Ajukan Jadi Warga Negara Malaysia


KUALA LUMPUR, MALAYSIA – BERITA21.COM: Giliran Hang Dimas Santoso, Keyboardist kumpulan Hujan, mengikuti jejak pelakon, model popular kelahiran Singapura, Aaron Aziz memohon kerakyatan sebagai penduduk tetap.

Malah Dimas tidak keseorangan kerana jika diluluskan pemuzik ini turut membawa isteri, Fathia Rahmani dan anak tunggalnya, berpindah di Kuala Lumpur.

Dimas yang akan membuat permohonan tersebut, dalam masa terdekat selepas selesai menguruskan proses perpindahan mereka sekeluarga daripada Jakarta.

“Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara,” kata pemuzik kelahiran Bandung, Indonesia ini.

Ketika ini, keluarga pemuzik ini telah berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu dan kini mereka menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

“Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillahlah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini,” katanya.

Dimas yang menyertai kumnpulan indie ini sejak awal penubuhan Hujan, enam tahun lalu, mengambil keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana telah mempunyai kerjaya yang kukuh selain tidak sanggup berpisah dengan anaknya yang kini berusia empat tahun.

“Letih sebenarnya asyik berulang-alik dan keputusan ini adalah paling terbaik untuk kami semua,” katanya yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Dimas mengakui keluarganya tidak mempunyai masalah untuk berpindah malah gembira dapat tinggal di Kuala Lumpur dan merancang untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah bagi membolehkannya bergaul.

“Walaupun dia baru berusia empat tahun tetapi kami merancang untuk mendaftarkan di tadika berdekatan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya lagi.

Pemuzik ini yang juga pengurus kumpulan Hujan, turut gembira kerana tiga lagi anggota kumpulan ini, Noh sebagai vokalis, AG Coco (gitar) dan Am (pemukul drum) merestui serta menyokong hasratnya itu.

Kebangkitan Hujan bermula apabila lagu Pagi Yang Gelap, berjaya melonjakkan nama kumpulan ini dipersada hiburan Malaysia dan Indonesia, diikuti single kedua kumpulan ini, Bila Aku Sudah Tiada mendapat tempat sering diputarkan di stesen radio.

Antara kumpulan muzik yang menyuntik pengaruh dan ilham kepada mereka ialah kumpulan The Strokes dan Butterfingers.

Hujan sebelum ini pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK antaranya di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

Pada 2009, mereka melancarkan konsert Jelajah Malaysia iaitu Mencari Konklusi Tour, di mana jelajah tersebut di akhiri dengan di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat.

Selepas mengadakan persembahan di United Kingdom, kumpulan ini sekali lagi menjelajah ke beberapa di Eropah setelah di undang bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di London dan Dublin, Ireland.

Paling manis, Hujan muncul dengan single terbaru mereka berjudul Kotak Hati terbitan Warner Music Malaysia yang menampilkan lagu berirama balada .

Bukan itu sahaja klip video lagu single ini ditayangkan secara ekslusif di TV9 sekaligus menjadi saluran pertama menyiarkan video klip ini.

Zaini Zaa/Hatta Sanie/B21.Com
Iklan