Showcase Sm*sh Hibur Penggemar KL


KUALA LUMPUR, MALAYSIA – BERITA21.COM: Peminat muzik pop dance Sm*sh buat julung kali akan dapat menyaksikan showcase khas buat kumpulan ini di hadapan peminat setianya, di Kuala Lumpur, pada 17 Mac ini.

Showcase ini yang akan bermula jam 3 petang di Ruang Legar Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur turut memberi peluang kepada peminat, memiliki album kumpulan ini sambil mendapatkan badge button edisi khas Smash dan pas eksklusif (Blast Zone.

Kumpulan yang berasal dari Indonesia mencatat rekod peribadi kerana berjaya memenangi anugerah 1 Million Award bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang mencecah sejuta unit dalam tempoh enam bulan pada tahun lepas.

Sejak ditubuhkan 10 April dua tahun lalu, kumpulan anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 mengadakan persembahan di majlis Dahsyatnya Awards 2011 sebagai antara Aksi Panggung Terdahsyat.

Walaupun baru setahun jagung, kumpulan ini berjaya meraih empat anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You).

Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids’ Choice Awards 2011, juga dua anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik!

Dengan koleksi nominasi yang telah mereka menangi, Smash membuktikan mereka penghibur yang berbakat. Showcase Sm*sh dibawakan khas oleh Warner Music Malaysia, pengedar album kumpulan pop dance di persada hiburan Malaysia.

Oleh Zaini Zaa /Hatta Sanie /B21.Com