Yana Rindu Sutradarai Film Lagi


Malaysia, Berita21.com – Pelakon filem 3 Temujanji, Yana Samsudin mengakui dia amat merindu berada di lokasi penggambaran filem sebagai sutradara filem.

Isihatinya itu disuarakan ekoran sudah tiga tahun memendam keinginan untuk kembali semula mengarah semula.

Bagaimanapun Yana terpaksa akur dengan kerjasama sebagai pelakon dan menangguh hasratnya itu disebabkan jadual lakonan yang padat.

Kini kesemua filem yang membabitkan wataknya, sudah selesai menjalani penggambaran.

Antaranya, filem terbaru lakonannya yang memasuki pawagam pada tahun ini ialah Wawa Semput, Adnan Sempit 3, Aku Ada Kau Ada, Minyak Dagu dan 8 Jam.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsuddin meluahkan hasratnya itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu menuduhnya tamak berlakon dari mengarah filem.

“Jika ada yang berkata demikian, ia tidak betul kerana pihak pengurusan MIG mempunyai panel mereka sendiri. Mereka yang tentukan siapa yang layak terlibat dengan sesebuah filem.

“Selain daripada itu, banyak juga filem yang memerlukan komitmen saya. Oleh itu saya tidak boleh mengelak,” kata Yana yang pernah turut bersama mengarah filem Syurga Cinta dan V3 Samseng Jalan sebagai pengarah tiga.

Yana yang pernah mengemparkan persada filem tanah air apabila menjadi pengarah termuda wanita apabila mengarahkan filem terbitan Metrowealth, berjudul Selamat Pagi Cinta seawal usia 23 tahun.

Kemunculannya sebagai pengarah filem, apabila terpilih seterusnya tersenarai di dalam Skim Pengarah Muda MIG.

Percubaannya pertama sebagai pengarah filem, tidak sia-sia apabila filem tersebut mendapat sambutan hangat khasnya penonton remaja.

“Sepatutnya tahun ini saya perlu mengarah paling kurang sebuah filem. Namun berikutan jadual yang padat dengan lakonan, ia terpaksa ditangguhkan,” kata Yana.

Gadis kelahiran Kluang, Johor ini terlebih dahulu mencuba nasib sebagai penyanyi sebelum aktif dalam bidang lakonan.

Namun bidang seni suara tidak menyebelahinya, lalu Yana beri memokuskan dunia lakonan.

Oleh Zaini Zaa/Warta Perdana/Hatta Sanie/B21