Kejadian Aneh, Uang Jatuh Dari Langit


Perak – Berita21: Kejadian aneh tapi benar, itulah yang berlaku pada sebuah keluarga, bertempat di Taman Kledang, Ipoh , Perak . Disini apabila menyaksikan kejadian aneh dimana uang syiling jatuh dari langit. Kejadian itu berlaku sejak seminggu yang lalu, apabila beberap orang kanak-kanak berusia linkunga 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa terlihat satu cahaya , muncul dari langit dan selepas itu uang syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana.

Sehingga semalam, uang syiling yang gugur di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping uang syiling dari India serta Singapura.

Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai.

Menurutnya, terkejut dengan kejadian aneh tersebut , dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan. Selepas diberitahu kepada  ibu nya , dia tidak percaya  saya terus membawa uang syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula.

Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen , selepas itu kejadian aneh ini tutut disaksikan ibu serta ahli keluarga lain .

Kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu sore dan malam , tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku.

Sementara itu, ibunya, S Abirami 29, berkata, perkara itu memang sukar untuk dipercayai sehingga ibu serta saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya..

Hatta Sanie/Berita21 Malaysia
Iklan